Sajak Buat Puteri ISMA NS

14 09 2007

PUTERIKU….

Anakku,
Hadirmu seribu erti
Lahirmu penghibur hati…
Kau dibelai, dimanja tiap waktu
Ibumu… tabah mendidikmu
Walau tidurnya tak berwaktu
Ayahmu..korbankan keringatnya untukmu
Berikan semampunya buatmu

Puteriku sayang
Sedarkah betapa deritanya ibu mengandungkanmu..
Peritnya lahirkanmu..
Betapa sukarnya ayah, ibu besarkanmu
Bak lilin membakar diri
Gantikan mentari terangi gelita
Biarkan diri terlebur, berkorban segalanya penuh rela
Biar dimamah usia….

Anak,
Hari berganti hari
Kini Kau makin dewasa
Ayah, Ibumu semakin tua
Mereka seolah tidak pernah kenal derita
Curahkan kasih bak sungai..
Mengalir tanpa hentinya
Harapan mereka untukmu tetap utuh Seutuh tika kau lahir dahulu
Tidak malap walau sesaat
Untuk lihat masa depanmu yang sempurna

Wahai anakku,
Suluhlah ke dasar hatimu…
Renunglah pengorbanan ayah ibu..
Engkaukah anak kebanggaan mereka??
Doa engkaukah yg akan sampai bila tubuhnya terbujur nanti??
Engkaukah anak solehah itu??

Putri Harapanku,
Di tanganmulah segala pilihan…
Kau sudah dewasa untuk memilih..
Jalan mana yang kau mahukan…

Anak,
Renunglah situasi wanita hari ini..
Wanita di sekelilingmu..
Hampir di segenap pelusuk dunia
Kelihatan berselirat, kusut, dan sukar dirungkaikan…
Kelihatan sungguh mengelirukan..

img_0203.jpg

Renunglah…
Wanita kini semakin moden dan canggih
Semuanya kini ‘boleh’ dilakukan..
Tiada lagi halangan.. Tanpa Batasan
Kononnya setanding dan malah nak jadi lagi hebat dari lelaki
Wanita bagai hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya tergadai sia
Bagai tiada berharga
Ke mana, budi, ke mana akhlaknya??
Santunnya tiada lagi..Nafsu yang mengawal diri
Wanita juga kini dipermainkan, diperkotak katikkan..
Menjadi mangsa keganasan.. jenayah..
Nafsu buas syaitan bertopeng manusia..
Ada yang dirogol, diperkosa, dicabul..
Malah ada jua yang dilacurkan..
Seolah tiada harga dan maruah diri..
Boleh diperlakukan sesuka hati

Wahai puteriku,
Insafilah asal kejadianmu
Diciptakan untuk abdikan diri kepada Penciptamu
Kembali kepada-Nya, juga kepada rasul-Nya
Mohon dihadirkan taufik dan hidayah-Nya selalu

Anakku,
Kerakusan, kenikmatan, kemewahan
Hanya menjadikan kita hamba dunia…
Yang kelak menghancurkan dirimu…

Anakku sayang..
Muhasabahlah dirimu selalu
Agar tidak tertipu
Dengan pujuk rayu dunia yang menipu…..

Nukilan,
Anaksemut..
1310 a.m 150107


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: